Monday, March 30, 2009

IKAN KERING
Pengenalan
Memproses ikan kering adalah satu cara pengawetan ikan secara tradisional sejak dahulu lagi, tetapi ianya tidak diusahakan secara komersial.
Ikan kering hanya diproses dari ikan-ikan lebihan untuk jualan atau ikan berkualiti rendah. Antara jenis ikan yang sering digunakan ialah ikan gelama, cencaru, duri, timah dan pari.
Carta Alir
Bahan-bahan Pemprosesan Ikan Kering

Bil
Bahan-bahan :
-Ikan
-Garam Kasar

Cara-cara Pemprosesan Ikan Kering
a) Menyiang Ikan
Ikan dibuang sisik, perut dan dibelah dari bahagian atas dan dibuka berbentuk 'kupu-kupu'. Ikan yang telah siap disiang dibersihkan dari kotoran darah dan lemak.
b) Proses Pemerapan
Ikan disusun di dalam bekas dan ditabur garam kasar berselang seli dan berlapis-lapis serta dibiarkan semalam.
c) Mencuci
Ikan yang telah diperap air garam dibersihkan terlebih dahulu sebelum dijemur.
d) Mengering
Ikan disusun di atas pemidai di bawah cahaya matahari seharian untuk dikeringkan.
e) Penyimpanan dan Pembungkusan
Ikan kering dimasukkan ke dalam kotak dan disimpan di tempat yang selamat pada suhu bilik.
Ikan kering merujuk kepada cara pengawetan ikan dengan merendamnya dalam air garam dan mengeringkannya. Ia merangkumi kesemua jenis ikan yang diproses dengan cara sebegini. Ikan kering boleh dikeringkan dengan cara dijemur pada panas matahari atau melalui di salai di atas api yang perlahan.
Ikan kering biasanya banyak dijual dan dimakan semasa musim tengkujuh, apabila para nelayan tidak dapat pergi menangkap ikan di laut kerana ombak besar.
Biasanya ikan kering juga dimakan bersama ubi kayu yang direbus dan dimakan bersama air kopi.